Ketua jurulatih hoki negara, Arul Selvaraj tidak merancang untuk memanggil pemain baru dalam kem latihan kebangsaan bermula Rabu depan berdasarkan kualiti Liga Hoki Malaysia yang tamat minggu lalu.<br /><br />Apa yang pasti, The Malaysian Hockey Tigers kesuntukan masa untuk bersiap-sedia menghadapi tugasan pertama 2021 menentang Great Britain dan Jepun, minggu depan.
